Sambutan 135 Tahun JUPEM
22 September 2020

Majlis sambutan 135 tahun Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah disempurnakan oleh Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah di Wisma LJT, Kuala Lumpur pada 22 September 2020.

Sebagai salah satu jabatan terawal di Malaysia, JUPEM memainkan peranan penting dalam urusan melibatkan pengukuran hak milik tanah, strata, ukur geodetik, pemetaan, persempadanan darat dan maritim serta membantu menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Produk JUPEM menjadi maklumat geospatial asas dalam bentuk perancangan pembangunan fizikal serta pembangunan sosio ekonomi negara.

Ketika negara dilanda pandemik Covid - 19, JUPEM membuat pemantauan menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta menyediakan aplikasi dashboard peta interaktif untuk membantu Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat ini memberi manfaat kepada frontliners yang menjalankan tugas membasmi Covid-19.

JUPEM juga turut menyediakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) Penyampaian Maklumat Geospatial Bencana sebagai manifestasi kesiapsiagaan menghadapi bencana. PTO ini melibatkan sepuluh (10) jenis bencana iaitu banjir, pencemaran air, pencemaran udara, tsunami, gempa bumi, pencerobohan tanah, tanah runtuh, wabak, utiliti dan kebakaran hutan.

Selamat ulang tahun ke-135 JUPEM dan semoga terus merekodkan kejayaan di tahun-tahun akan datang!

#KeTSAMalaysia

#JUPEM135Tahun

 

 

 

 

Attachments